DATUK & DATIN

Friday, January 06, 2012

Muncul Kembali [Gambar]

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

rasanya tak terlambat lagi kot utk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2012.. hah??! 2012 dah???? last entry aku adalah pada November 2011. ish3… punya la lama minah ni tinggalkan blog ni… hehehe..

apa2 pun, aku nak ucapkan ribuan terima kasih la kepada semua yang kunjung jugak ke blog ni.. aku tak de la hilang ke mana, entah laaa… rasa cam tak sempat nak update blog kot. *alasan tipikal* hahaha… padahal fb online je pun..

ok2.. aku kerja 9 pagi sampai 6 petang, kadang2 balik lewat. paling lewat pukul 1 pagi. hah! kau mampu??? hahahaha… kalau dah lewat, badan pun penat, rasa mengantuk, lepas tu mood nak tulis2 pun tak de. jadi, blog pun terabai… jawapan macam nak bicarakan kat mahkamah je.. huahuahua…

pengakhiran tahun 2011. aku rasa sangat2 bersyukur, sebab aku dah abis belaja. sebab aku dah konvo. sebab aku dah ada transkrip jadi boleh mintak kerja kat mana2 *tapi aku tak de plak pergi mintak*. sebab aku dah ada kerja, kerja yang aku suka buat. dan yang paling tak lupa, syukur Alhamdulillah sebab aku masih dipanjangkan umur untuk terus merasai nikmat di dunia ini. sampai bila??? itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

masuk pengawalan tahun 2012 ni, aku tak suka sebab umur aku meningkat. huhuhuu.. tak suka pun kena suka jugak. makin hari, orang main tua. tak de nya makin muda. kalau makin hari makin muda, tu mesti ada something yang dia buat atau yang dia pakai. hehehee

dalam sedar tak sedar, aku dah kerja kat tempat aku kerja sekarang masuk 4 bulan dah. syukur Alhamdulillah, semalam pun aku dah dapat gaji ke-4 aku. Open-mouthed smile. setakat hari ni, aku memang suka dengan kerja aku sekarang. aku berharap sangat2 semoga Allah SWT merahmati dan melingungi aku dalam pekerjaan ini.. amin..

dan sedikit dari hasil kerja aku… ni kiranya job last untuk tahun 2011… hehehe

nikah 27

Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati…

sanding 64

sekarang setiap gambar yang aku upload, akan ada dua watermark iaitu watermark nama aku dan watermark nama tempat aku kerja. sebabnya, aku tukang edit je, bukaanya tukang tangkap gambar. peace! Smile

 

wassalam…

2 comments:

BB Binati said...

sy lagi la, bnyk masa tapi jari sengal pemalas mo update. teeheee.

sa suka gambar yang kedua. good job pada yang mengklik camera dan yang mengedit. :)

dan selamat tahun 2012! :D

EZAD AMIR said...

lme nya x update..welcome back sis..
hihih..