DATUK & DATIN

Sunday, April 07, 2013

Soromban Eh!

Assalamualaikum W.b.t.

Alhamdulillah pagi tadi tepat pkul 7.15 am aku sampai kat Terminal 1 Seremban. fuuuhhh, nasib ada adik sorang tu yang tolong aku. jumpa pun sebab dia naik bas kat KL nak ke Seremban. dari UUM nak balik kampung kat Jempol. da sampai Terminal 1 tu aku pun tak tahu nak tuju ke mana, jadi ikut je la dia ke surau dulu jap then dia hantar kan ke stesen teksi plak. Alhamdulillah aku jumpa orang yang baik ati ari ni.. Smile semoga dia pun diberkati Allah jugak. Aminn..

semalam naik bas punya laaa… seriusly aku cakap, nak naik bas lagi mendebarkan dari naik flight. naik flight aku tak de la plak rasa neves semacam je. tapi semalam dan memang kebiasaanya aku akn rasa neves.

sebab utamanya duk fikir, bas ni dah sampai ke belum. kalau tak sampai lagi selamat la, kalau dah sampai, maknanya kau dah terlepas bas!! bukan macam naik flight. at least flight ada kaunter check-in. klau kau lambat masuk dalam flight pun, dia akan annouce nama kau supaya masuk flight sekarang. tapi bas mana ada beb! sapa la nak tlong annouce nama kau satu2.. kena pandai2 jaga diri. kalau terlepas, maknanya kena beli tiket lain la.ada duit tak pe jugak,nak2 kalau time tu jugak la tak de duit, haaaa kan da susah! huhuhuhu

naik bas pulak duk seat 25. seat belakng! masuk je dalam bas, Ya Allah…. laki je yang duk kat belakang. huhuu.. kiri kanan depan belakang aku semuanya laki.. sudah, nak tidor malam ni konpem tak lena.. apa2 pun boleh terjadi ok! huhuhu.. jadi aku pun tak putus2 la duk baca Al-Fatihah ngan ayat kursi mintak pertolongan dari Allah.. huhuu

eehhh.. tak sampai separuh jalan, aku baru perasaan yang seat depan aku ni sorang laki sorang pompuan. mula2 ingt suami isteri atau couple la kan.. tengok2 dorang tak bercakap pulak. yang laki ni nak tidor, dia asyik duk ejas je kedudukan dia.. jap2 makin tepi, jap2 makin tepi. bila aku tengok aku pun terpikir, nak mintak tukar seat la.. hehehehe

Alhamdulillah jugak, dia pun nak jugak tukar seat ngan aku, maka kami pun bertukar la seat.. fuuuhhh… baru rasa selamat sikit. rupa2nya yang pompuan duk sebelah dia pun tak selesa gak sebenarnya. yang laki tu lagi la selesa, tidor siap silangkan kaki lagi. bas berhenti pun tak sedor.. hehehehe.. aku pun tidor jugak la dengan lenanya… macam la lena sangat kat dalam bas tu. huhuhu..

so esok sepatutnya da start keje. tapi kawan aku fiya ni ajak g bank dulu jap then g cari barang terus. ingt nak g tadi je, tapi dia cakap esok je la. aku pun ikut je la. nak g sorang2 tak kenal tempat. huhuhu..

harap2 keje ni akan kekal dan harap2 rezeki aku ada kat sini la buat sementara waktu.. kalau ada yang lagi bagus dari ni, insya Allah akan dipertimbangkan.. Open-mouthed smile

Thursday, April 04, 2013

Gambang > Putrajaya > Seremban

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

1 minggu cuti sekolah cam tak rasa apa2. tak merasa cuti sepuas2nya.. huhuhu.. ari ahad kazen kawen, ari selasa g hantar plak, then rabu plak, tetiba kakak ajak g gambang. wahahahahahaha.. tak pikir panjang, terus setuju nak pergi. hehehehe

selamat da sorang lagi kazen kawen. kazen ni sebaya, tapi cam tak berapa ngam sangat la.. setakat tegur2, jarang nak bergurau senda. huhuhuu.. gambar pun tak sempat nak ambik, sempat merasa kek pengantin je. hehehe

ari rabu time nak ke gambang, plan mula2 pagi, tapi sampai ke petaang plak.. tak de la sampai ke gambang terus, singgah homestay kat indera sempurna. 3 buah kete jgk la.. semua tu kawan2 abang ipar. means 3 keluarga. sewa 1 homestay. huhuuhu. payah jugak la, ye la dengan orang yang aku sendiri pun tak kenal.

malam pertama, sampai2, makan2 terus tido. hahaha.. ari kedua baru ke gambang. tu pun sampai ke sana dah tengah ari yang matahari mencacak betul2 atas kepala. semuanya Papago punya pasal! hahahaa.. dia bawak kitaorng round berapa kali wat U-turn ntah. padahal ada je jalan shortcut. papago punya pasal.. xikutkan tak tahu jalan2.

abang ipar baru dapat kete preve. sepatutnya kete tu ada la gps sndiri, tapi ntah mcam mna la plak, xde. jadi gps kete tak leh guna, guna la gps hp yang xbrapa nak up-to-date tuh.

sampai kat gambang, fullamakkk… ramai punya manusia. masuk2, nak cari tempat duduk pun penuh. kat sana sedia pondok. semua full, tapi nasib la aku ngan kakak aku jlan2 nk cari toilet sbnrnya, last2 jumpa pondok kosong kat atas. apa lagi, trus sewa.

2013-03-28 16.03.22

kan kitaorng pergi 3 family. akak cakap sewa 1 xcukup, at least 2.. hah, time nak bayar punya la mahal 1 pondok. last2 sewa 1 je. lagipun nak letak barang2 je kan..

2013-03-28 15.57.09

disebabkan berjalan dengan budak2, memang aku pun tak sempat nak main apa2, melainkan mainan tuk budak2 bawah umur 6 tahun.. huhuhu. klu diikutkan semuanya nak try, tapi apakan daya.. huhuhu..

jaga budak sampai demam ke diri. ari jumaat bertolak balik da rasa tak sedap badan. separuh jalan, nak dekat2 da sampai umah, terus rasa panas yang lain macam.. balik umah terus pengsan atas tilam. mandi pun belum, tak larat sangat. rehat jap, baru mandi, makan, makan ubat trus tido. time tu baru 9 lebih kot. tido sampai ke pagi sambil tempek koolfever.

aku kalau demam, badan panas, guna tu esok pagi insya Allah panas da kurang. sabtu malam plak, ma tanya pasal interview SPA kt putrajaya.. huhuhhu..

memang surat tu dah dapat last week lagi. tapi mula2 dapat lagi aku dah malas nak pergi. sebab tu tak bagitaw. ma dapat taw pun sebab adik aku yang bagitaw. nak decide bila nak pergi pun lambat. sebab last minute kan. aku terpikir nak g sendiri je, naik bas isnin malam, sampai subuh selasa. siap2 pkul 11pagi g interview. plannya mcm tu la. alih2 ma n pa nk g jugak. bawak la adik aku sorang.

plannya sama macam plan aku, tapi ni g ngan kete, tak g ngan bas. jimat duit. hehehe… interview nya cam biasa, tanya pengalaman, apa target bla bla bla.. tup2 at the end of d interview, tetiba plak tnya nama menteri kesihatan.. gulp!!! aku memang blank~~~ tak taw nak jawab apa, yg keluar hanyalah lee lam thye. hahahaha… trus kena gelak. apa boleh buat, aku tak taw. huhuhu..

lepas insterview ke puncak alam ambik barang adik bongsu then terus balik besut. memang straight tido dalam kete je.. lenguh satu badan! nasib tak demam balik.. huhuhu.. time on d way ke ptrajaya kawan kat seremban call tnya bila nak pergi sana. aish, aku pun tak taw, sebab ma suh tunggu lepas ngundi. aku malas nak tunggu sebab job dah ada. diskus punya diskus, yeh! ma bagi pergi sabtu ni.janji time ngundi kena balik. huhuuhu..

so malam esok time tuk packing barang la.. berpindah lagi. huhu.. harap2 kali ni kekal la kerja ni.. banyak plan nak dibuat nih.. insya Allah…

2013-03-28 16.46.49

Friday, March 15, 2013

Wedding Card for My BFF

Assalamualaikum w.b.t.

Last week I got a big shocked from my bff.. eemmm, actually not a big shocked la, bcoz dia ada bagitaw sebelum ni.. cuma masa belum tiba lagi.. then bila dia dah bagi taw, Alhamdulillah… ni la masanya. tiba jugak masa yang dinantikan oleh beliau.. maybe I’m the first person yang tahu kot Winking smile. hehehehe.. it’s maybe~~

dan dalam pada itu, dia ada mintak pertolongan aku untuk design dia punya wedding card. mula2 aku tolak. aku kenalkan dia dengan sorang kawan yang memang buat bisnes wedding card ni. tapi dia masuk ward pulak time tu dan dia sendiri pun tak tahu bila akan keluar. so, I decided to design bebereapa wedding card la.

my bff ni dia tak nak la yang crowded. just simple and nice. disebabkan aku pun tak de pengalaman sangat kan, jadi untuk permulaan, aku pun usha2 la kat fb bisnes kad kahwin ni.. ok, bila dah tengok desing dorang, macam mana dorang susun atur, apa yang ditulis, I got the idea.. yeeehhhaaaa!!! so, I’m started to design it using Adobe Photoshop CS5.

sebelum ni, aku pernah keje duk edit2 gambar kahwin kan. jadi ada la beberapa stock bahan yang boleh di gunapakai dan ianya hanya memerlukan kreativiti. huhu.. dah la aku ni bukannya kreatif sangat. mula2 design yang ni

ely 4x6a

ni untuk size kad yang biasa la kan.. tapi lepas buat nih, my bff tu cakap dia nak letak satu kad untuk kedua-dua belah pihak. ok, size ni tak muat. so kena tukar size. dan dalam pada duk tukar size, I got another idea. thanx to the Internet! hehehehe…

design1

design2

sebenarnya nak wat yang simple tu payah gak taw.. huhuhu.. simple pada pandangan mata kita dan pandangan orang lain adalah berbeza. so, inilah apa yang aku tengok ianya adalah simple but nice. hehehe.. aku pun suka. dan Alhamdulillah, bila dah ditunjuk pada tuan empunya, she like it!!! Smile

harap2 ini adalah salah satu sumbangan yang dapat aku berikan pada dia.. nak terbang ke sabah, itu belum pasti lagi.. hati kata nak, tapi bila pikir bab ongkosnya, eemmm,, insya Allah.. huhuu. so, kena keje kuat lagi la pasni!

special dedication to my beloved friend, Ellyda Lee… semoga semua urusan untuk membuat persiapan majlis nanti akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.. selamat menempuh ke alam baru nanti. apa2 yang terjadi, ingat! syurga seorang isteri adalah dibawah suami.. jadi isteri yang baik, solehah dan insya Allah semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah jugak.. insya Allah kalau sya berkesempatan, mna taw kan kot2 sya akan terbang ke sana.. hehehe.. Selamat Pengantin  Baru in advance. hehehe Red heart